Please CLICK

Sunday, August 10, 2014

Kenapa Mahu Pecat Khalid?


Kerusi MB ni memang panas. Setiap orang yang menduduki kerusi MB akan payah nak lepaskannya. Contohnya bekas MB Terengganu yang begitu mempertahankan jawatannya hingga ke lubang cacing. Namun akhirnya dia terpaksa mengalah jua oleh kehendak Presiden partinya merangkap PM.

Banyak juga kes lain umpamanya bekas KM Sarawak, gagal di gantikan walaupun pelbagai usha dilakukan. Namun kini bersara jua akhirnya dan di ganti ke jawatan yang lebih sesuai. Ada juga di sebut MB Negeri Sembilan dan MB Pahang mahu digantikan tapi setakat ini masih belum menampakkan hasil.

Jawatan MB memang panas. Jika pun muka baru dapat menggantikan muka lama yang sudah duduk di kerusi itu untuk beberapa penggal, peralihannya akan penuh luka dan parut. Contohnya kita lihat bila MB Perlis DS Shahidan Kassim dulu nak diganti, kecoh jugak. Begitu juga MB Terengganu Idris Jusoh bila mahu digantikan dengan Md Saad, kelam kabut dibuatnya.

Dua tiga menjak ini isu MB Selangor hangat diperkatakan. Bermula selepas PRU13 lagi di khabarkan Azmin Ali bercita-cita mengambil alih kerusi panas itu menggantikan TS Khalid Ibrahim. Tapi gagal. TS Khalid terus di amanahkan menjadi MB Selangor. Namun isu untuk menggantikan MB Selangor tidak padam. Kemuncaknya bila Kajang Move di laksanakan demi untuk meletakkan DSAI sebagai calon untuk posisi MB Selangor yang mungkin boleh diterima oleh TS Khalid untuk di kompromi.

Namun sejarah menentukan bahawa DSAI pula disekat daripada melaksanakan hasratnya bila dia sendiri gagal menjadi calon atas sekatan kes mahkamah. Tentunya musuh2 politik DSAI sangat tidak berkenan dan merasa terancam jika DSAI dibiarkan meneruskan cita2nya menguasai Selangor iaitu sebuah negeri termaju di Malaysia ini. Sudah tentu usaha ini akan di blok sebaik mungkin.

Maka DSWA telah menjadi calon bidang terjun menggantikan DSAI di Kajang. Tujuan asal untuk menggantikan TS Khalid masih termaktub dalam bulueprint DSAI dan PKR. Namun persepsi awam malah PAS sendiri menyatakan pendirian menyokong TS Khalid sebagai MB. Ini telah sedikit merumitkan keadaan. 

Tambahan pula TS Khalid merasakan dirinya seolah terperangkap oleh keadaan. Dia merasakan prestasinya sebagai MB adalah cukup baik malah bersih daripada sebarang skandal atau salah laku. Apatah lagi sebagai MB dia berjaya memacu Selangor mancapai tahap ekonomi yang terbaik dalam sejarah.

Sebagai iktibar dan panduan kita lihat satu kisah di zaman sahabat. Khalid al-Walid panglima perang yang ulung telah dipecat di zaman puncaknya oleh Khalifah Umar al-Khattab dan dia berundur dengan patuh dan taat kerana Allah untuk kestabilan kepimpinan walaupun dia tidak bersalah malah jasanya begitu banyak memimpin angkatan perang menewaskan musuh dan melebarkan empayar penguasaan Islam. Tentu ada hikmah di sebalik penyingkiran Khalid al-Walid ini.

Kalau meneliti isu-isu yang diketengahkan kepada majlis disiplin PKR tempoh hari, ada kelihatan aspek TS Khalid yang terlupa bahawa dia pun ada bos, ada PKR dan Pakatan Rakyat hingga tidak pula mahu mematuhi keputusan atau kensensus yang di buat. Seolahnya urusan dia mentadbir Selangor usah di ajar-ajar. Dia lebih tahu. Dia merasakan rakyat yang memilih dia ke jawatan MB ini dan telah menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan baik. Dalam sejarah Malaysia hampir semua MB dan KM memang liat nak letak jawatan.

Kisah Hassan Ali di pecat oleh PAS dulu pun seoalahnya ada sedikit persamaan. Dia juga merasakan telah melakukan yang terbaik dalam menjalani amanah yang diberikan sehingga acap membelakangi kehendak jemaah  yang dia wakili iaitu PAS. Apakah TS Khalid juga lupa jemaah yang mencalonkan dia ke jawatan MB pada PRU12 dan PRU13 lalu iaitu PKR? Apakah PAS juga sudah lupa kisah Hassan Ali?

Mungkin PAS merasakan TS Khalid kalau mahu digantikan mestilah dengan tokoh yang lebih baik darinya. Mungkin DSWA bukan calon pilihan itu.

Kita minta jauhkan Selangor daripada kembali ke zaman pemerintahan Khir Toyo yang sanggup mengamalkan polisi untuk menghalang majlis2 ilmu daripada dilangsungkan di masjid2 dan surau2. Menjana jahil bukan alim atau budaya agama lain politik lain.

Minta Allah jauhkan kita semua dari zaman kegelapan itu. Selangor sudah berkembang jauh ke depan sebagai pusat ledakan ilmu negara terutamanya ilmu2 agama. Juga penjana rakyat yang peka pada setiap isu yang berbangkit samada bersifat tempatan atau global, pemacu kelompok intelek yang boleh renung dan fikir, bukan sekadar menjadi pak turut atau yes man semata. 

Apapun sebagai rakyat marhain saya sangat berharap agar kemelut MB Selangor ini dapat selesai dengan bijaksana di meja rundingan. Janganlah ia berakhir dengan pembubaran DUN atau perpecahan Pakatan Rakyat. Perbezaan pendapat adalah hikmah. Namun akhirnya keutamaan yang lebih utama mestilah didahulukan demi kebaikan ummah, nawaitu kerana Allah. Apakah TS Khalid sewajarnya mencontohi Khalid al-Walid?

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...