Please CLICK

Tuesday, March 6, 2018

PAKATAN HARAPAN for REAL ??

Our next PM ?

Tika bersandar di tiang masjid menunggu solat fardhu asar, seorang anak muda bernama Stopa datang duduk di sebelah saya. Sudah lama saya tidak berjumpa beliau. Dulu beliau memang sering kelihatan di masjid, mungkin sibuk dengan kerja agaknya. Saya bertanya khabar dan berborak dengannya. Bila menyentuh soal politik dia bertanya saya, "Ambo balik ngundi di Kelantan, di Bachok. Tapi tahun ni ambo pening sikit nok pakoh sapo?" Selalunya pemuda2 tenaga kerja yang merantau di KL & Selangor ini, adalah penentu jatuh menang seseorang calon di Kelantan. 

Sebagaimana cerita ketua BN Parlimen Tumpat, yang sudah dua term begitu kecewa dengan keputusan yang dia dapat, kalah kepada calon PAS. Dia bertanding DUN sudah tiga kali, menang sekali dan kalah dua kali. Katanya kalau ikut sentimen di kampung dan coverage yang dia telah buat, memang harapan cerah untuk dia menang. Tapi kecundang jua. Dia seolah merajuk dan tidak mahu bertanding lagi. Tapi itu frust orang politik. Masuk kali ini dia mungkin bertanding di Parlimen bukan di DUN lagi. Namun my poin here ialah, undi penentu terutama di banyak kerusi yg 50-50 di Kelantan atau mungkin di negeri lain juga adalah datang dari kelompok anak muda perantau ini. Maka jangan dipandang enteng atau sebelah mata mereka ini. 

Berbalik kepada borak santai saya di  petang itu bersama anak muda bernama Stopa ini, katanya lagi, "Dulu ambo clear nak pakoh PAS@PakatanRakyat, tapi lloni tak tahu lagi nok pakoh sapo?" Saya dapat baca dia sedang konpius antara nak pakoh PakatanHarapan iaitu PAN atau PAS? 

Hari tu masa saya balik kampung, sempat berbual dengan pemandu teksi sapu (prebet sapu) semasa mengambil khidmatnya. Katanya Amanah ni agak kuat juga di Kelantan. "Ramai ko ahli PAS yang masuk Amanah?" tanya saya. "Atau sekadar pemimpin sahaja yang tubik PAS tapi takdok pengikut yang ikut dio?" tanya saya lagi. "Eee.e...ado jugok hok ikut'" jawabnya. "Pah lagu mano di Kelantan kali ni?" tanya saya lagi. "PAS boleh menang tapi majoriti koho kecik. PAS akan pegang Kelate lagi,' katanya.


Mungkin senario Kelantan tidak sama dengan Selangor atau negeri-negeri lain. Namun sebagai pengundi kita kena lihat suasana politik satu lawan satu antara BN dan PR di PRU13 sudah tinggal sejarah indah. Kini menjelang PRU14, ada tiga kelompok iaitu BN, PH dan PAS. Di kawasan majoriti melayu sudah tentu perlawanan 3 penjuru akan berlaku, atau lebih jika ada calon2 Bebas atau calon2 kecewa. Pakatan Harapan agak handicap tanpa PAS, namun ia bisa menjadi advantage mereka juga. 

Saya melihat satu video Rafizi Ramli dalam analisanya seolah tidak memberi perhatian langsung kepada PAS. Dia bercakap soal strategi dan potensi Pakatan Harapan dapat membentuk Kerajaan selepas PRU14 ini. Katanya pemilihan Tun Dr Mahathir sebagai calon PM telah mengejutkan banyak pihak teruatamanya BN, jadi baginya ia adalah pilihan yang tepat. Terutamanya bila tiada tokoh2 lain dlm PH yang dinampak boleh menarik kelompok pengundi tegar Umno untuk beralih arah kali ini. Tun Mahathir ada pulling factor itu. Katanya, "Kita perlukan sekadar 2-3% undi Umno swing kepada kita, dan kita akan menang banyak kerusi."

Adakah Pakatan Harapan for real? Mari kita baca analisa ini dari sumber intelligence gathering Pakatan Harapan. Kita renung dan fikir dan sambil2 itu bersandar sejenak untuk menghadamkannya. Mungkin nasihat yang berguna dapat kita bagi kepada anak2 muda seperti Stopa dalam kisah di atas.



@@@@@@


😎 PAKATAN HARAPAN

Mencongak peluang PH memenangi sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen di Semenanjung dalam PRU-14....

Pertama kita ambil Penang dulu... 
Ada 13 kerusi parlimen... Hanya satu kawasan yang dikira selamat untuk BN, iaitu Kepala Batas.... Manakala yang 12 lagi, dijangka akan disapu oleh PH.... iaitu Permatang Pauh, Nibong Tebal, Jelutong, Balik Pulau, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Bukit Gelugor, Bagan, Batu Kawan, Tanjong, Bayan Baru.... PH sudah ada 12.  

Kedua, Johor... Ada 26 kerusi parlimen.... Hanya 8 kawasan yang sukar digugat PH, iaitu Sri Gading, Tenggara, Pontian, Parit Sulong, Sembrong, Kota Tinggi, Mersing, Pengerang.... Manakala 18 kawasan lain saya yakin akan dimenangi PH.... iaitu Segamat, Pagoh, Muar, Kluang, Tebrau, Pulai, Sekijang,  Ledang, Batu Pahat, Pasir Gudang, Gelang Patah, Tanjong Piai, Labis, Bakri, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Johor Bahru, Kulai. 

Jadi, 12 + 18 = ada 30 dah.

Ketiga, Selangor... Ada 22 kerusi parlimen.... BN dijangka menang 5 kerusi sahaja iaitu di Tanjong Karang, Gombak, Ampang,  Sungai Besar dan Hulu Selangor, manakala 17 kerusi lagi dijangka dimenangi PH, iaitu Sabak Bernam, Hulu Langat, Kelana Jaya, Subang, Klang, Sepang, Kuala Selangor, Serdang, Petaling Jaya Selatan, Shah Alam, Kota Raja, Selayang, Pandan, Puchong, Petaling Jaya Utara, Kapar dan Kuala Langat.

Jadi, 30 + 17 = 47.

Keempat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur... Ada 11 kerusi parlimen.... Tidak ada satu pun kawasan yang selamat untuk BN... Dijangka PH boleh menang di 11 kerusi, iaitu Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Cheras, Batu, Setiawangsa, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Titiwangsa, dan Seputeh.

Jadi, 47 + 11 = 58.

Kelima, Kedah.... Ada 15 kerusi parlimen... BN dijangka menang di Sik, Baling, Pendang dan Kubang Pasu sahaja.... manakala 11 kerusi lagi dijangka dimenangi PH, iaitu Langkawi, Padang Terap, Kuala Kedah, Jerlun, Pokok Sena, Merbok, Padang Serai, Alor Setar, Jerai, Sungai Petani, Kulim-Bandar Baru.  

Jadi, 58 + 11 = 69.

Keenam, Perak.... Ada 24 kerusi parlimen... BN dijangka menang di 8 kawasan iaitu Grik, Tambun, Bagan Datok, Lenggong, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Pasir Salak, dan Larut.... Manakala PH dijangka menang 16 kerusi, iaitu di Parit Buntar, Taiping, Batu Gajah, Parit, Tapah, Bagan Serai, Ipoh Timor, Kampar, Telok Intan, Bukit Gantang, Sungai Siput, Ipoh Barat, Beruas, Gopeng, Limut dan Tanjong Malim.

Jadi, 69 + 16 = 85.

Ketujuh, Pahang.... Ada 14 kerusi parlimen... BN dijangka menang 8 kerusi iaitu di Jerantut, Kuala Krau, Paya Besar, Bera, Lipis, Pekan, Rompin, Maran.... Manakala PH dijangka menang 6 kerusi, iaitu Cameron Highlands, Indera Mahkota, Temerloh, Raub, Kuantan, dan Bentong.

Jadi, 85 + 6 = 91.

Kelapan, Negeri Sembilan.... Ada 8 kerusi parlimen... BN dijangka menang di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Rembau... Manakala PH dijangka menang 3 kerusi, iaitu Telok Kemang, Rasah, Seremban.

Jadi, 91 + 3 = 94.

Kesembilan, Terengganu... Ada 8 kerusi parlimen.... BN dijangka menang di Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, dan Besut.... PH dijangka menang 1 kerusi sahaja, iaitu Kuala Terengganu.

Jadi, 94 + 1 = 95.

Kesepuluh, Perlis... Ada 3 kerusi parlimen... BN dijangka menang tiga-tiga, iaitu Arau, Kangar, Padang Besar.

Kesebelas, Melaka.... Ada 6 kerusi parlimen... BN dijangka menang 4 kerusi iaitu Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Jasin... Manakala PH dijangka menang 2 kerusi di Kota Melaka dan Bukit Katil. 

Jadi, 95 + 2 = 97.

Akhir sekali, Kelantan... Ada 14 kerusi parlimen... Sangat sukar dijangka... PH hanya memerlukan 3 kerusi saja lagi.
Kalau dapat menang 100 kerusi di Semenanjung, takkan tak boleh dapat 12 kerusi dari Sabah dan Sarawak.... Dua negeri tu ada 56 kerusi.
Tapi, kalau PH menang 100 di Semenanjung, parti komponen BN di Sabah atau Sarawak kemungkinan besar akan umum keluar BN dan join PH...

😎 Sumber: Pusat Risikan Khas PH


@@@@@


PAS pulak bagaimana ya? Penyokong tegar PAS ramai kot. PAS ialah parti yang ramai penyokong tegar selepas Umno. Usah pandang remeh. Malah bagi saya, PH membuat kesilapan bila mengambil sikap bermusuh dengan PAS. Kesilapan itu telah berubah menjadi kelebihan pulak kepada BN sebenarnya. BN kelihatan lebih mengambil sikap berbaik dengan PAS. Sementelah lagi TGHH mempromosi tagline politik matang dan politik sejahtera dengan mengambil sikap menyokong perkara atau agenda yang memberi kebaikan kepada umat Islam, tidak membangkang sembrono semua benda seperti dahulu.

PAS sudah mengumumkan akan bertanding 130 kerusi Parlimen atau lebih di seluruh negara. Maknanya dari segi matematik tambahan, PAS adalah blok ketiga yang real sebagai salah satu pilihan rakyat Malaysia untuk menjadi kerajaan persekutuan sebenarnya, no joke. Ini menutup  mulut pihak PAN terutamanya yang sering memperkecilkan keupayaan PAS.

Dan PAS menyatakan mereka bukan sekadar bertanding bodoh sahaja, tetapi berdasarkan sokongan setempat dan keupayaan untuk menang. Tidak dinafikan jentera pilihanraya PAS adalah antara yang terkehadapan di setiap PRU. Ini diakui oleh kawan dan lawan. Malah PAS mempunyai keupayaan ahli dan jentera pilihanraya di 194 bahagian daripada 222 kerusi Parlimen seluruh negara. PAS bukan omong kosong. 

PAS di baling dengan isu dedak 90 juta, isu UG dengan BN, isu parti kampung, isu berkecuali di perbahasan budget, digelar parti Tok Lebai oleh musuh mereka. Semuanya telah dijawab satu persatu oleh pucuk pimpinan di setiap ceramah politik mereka. Namun sudah tentu isu-isu ini tidak akan padam malah akan terus disemarakkan bila PRU14 senakin hampir. Itu adat politik. PAS juga dilihat berperanan menjadi King Maker di PRU14. 


PAS sebagai KUASA "King maker" ??

Contoh untuk sama2 kita renung dan fikir..

BN  - 100 kerusi (mungkin lagi kurang )
PH  - 82 kerusi (takkan dpt bnyk ni pun)
PAS - 40 kerusi (MUNGKIN LEBIH )

Total SEMUA - 222 kerusi PARLIMEN PRU14

Untuk TUBUH kerajaan WAJIB ada 112 kerusi  parlimen untuk Majoriti mudah

Disitu nampak tak dgn kuasa PAS 40 kerusi ????

PAS dgn hanya 40 kerusi bolih menjadikan BN atau PH kerajaan..
dan juga bolih menjatuhkan kerajaan itu sekiranya tidak ikut SYARAT2 PAS sebagai KING MAKER..

Itulah ceritanya. Ini bukan cobaan atau main-main. Ini boleh menjadi betul2 kejadian di PRU14 ini.

Having said that, saya berpandangan bahawa PAS sebanarnya fedup dengan menjadi satu entiti dalam Pakatan Rakyat di PRU13 dulu. Janji bulan dan bintang, janji akan menawan Putrajaya. Itu semua sekadar impian kosong. Terbukti jelas walaupun rakyat telah memberi sokongan majoriti (menang undi popular) namun jumlah kerusi yang menang tetap sedikit dan tidak mencapai 112 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan simple majority. Terutamanya bila Sabah & Sarawak utuh menjadi safe deposit BN.

PAS tidak mahu ulangi benda sama di PRU14. Orang puteh pernah kata, "You repaeat the same thing but expected different result is insane." Apatah lagi dengan gelagat DAP yang sangat benci kepada tindak tanduk PAS memperjuangkan Islam di negara ini. Jadi keputusan PAS untuk bergerak solo telah mengubah senario politik PRU14. PAS pula tak payah pening kepala bergaduh berebut kerusi mana untuk bertanding sebagaimana PH di Selangor. Juga PAS tidak perlu mengikut telunjuk sesiapa. 

Perjuangan PAS di letak kembali pada landasan memperjuang Islam dengan perlembagaannya Al-Quran, Hadis, dan ijmak ulamak. PAS berjuang supaya Islam yang memerintah, bukan Islam yang diperintah. PAS menjadi King Maker bukan sekadar bread maker. Mungkin PAS is for real this time around. Insya-Allah dengan pertolongan Allah segalanya mungkin. Bukankah hati manusia itu mudah Allah bolak balikkan?

Perjuangan PAS ikhlas kerana Islam. Justru menang atau kalah adalah adat bertanding. Para penyokong PAS dan tenaga gerakkerja PAS tidak mengaharap imbuhan pun. Yang penting ialah redho Allah pada setiap usaha dan perlakuan mereka berkorban harta, tenaga, masa, hatta nyawa. Di akhir nanti jika Allah tentukan kekalahan buat PAS, maka be it tapi perjuangan PAS tidak terhenti. Perjuangan PAS akan di teruskan hingga ke hari kiamat. 

PAS sudah jatuh bangun dalam sepak terajang politik Malaysia ini sudah lama, sejak sebelum merdeka lagi. Maka jika ada parti atau individu yang cuba sedaya upaya untuk memperlekehkan PAS ini, di khuatiri mereka akan tidak lelap tidur malah mungkin dihinggapi penyakit meroyan yang tiada obatnya di farmasi.

Jika PAS dapat kekalkan menjadi kerajaan di Kelantan. Alhamdulillah. Itu menjadi kemenangan yang terbaik. Kemudian jika di takdirkan PAS dapat menambah satu lagi negeri atau lebih samada Terengganu, Kedah, Pahang, Johor, atau Selangor. Maka itu adalah bonus yang sungguh manis daripada Allah SWT. Sesungguhnya bukan ahli atau penyokong PAS yang memenangkan PAS, tetapi semuanya atas ehsan dan aturcara Allah SWT demi kebaikan umat ini.

Jika Allah SWT menghendaki PAS memenangi 112 kerusi Parlimen, Alhamdulillah PAS akan membentuk Kerajaan Malaysia yang baru selepas PRU14 ini mengikut acuan Islam yang di tunjukkan contohnya oleh Nabi SAW. Insya-Allah. Never Say No to PAS. Allah hu Akbar !!

#PRU14
#SchoolOfTot
#PoliticalMind

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...