Please CLICK

Sunday, April 29, 2018

JEMAAH TABLIGH



Kehangatan PRU14 semakin memuncak. Program berkempen kampung ke kampung, lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu juga semakin rancak.

Para pengundi atas pagar (non-partisan) menjadi sasaran utama. Kerana kelompok penyokong tegar parti-parti politik sudah ada pilihan hati masing-masing  yg sukar di goyang. Pendirian dan keputusan tidak berubah walau ribut atau banjir kilat datang melanda.

Ini menjadikan kelompok 'atas pagar' sebagai kelompok yg signifikan sekali. Mereka boleh menentukan keputusan perlawanan. Pilihan yg mereka buat boleh jadi asbab tertubuh kerajaan memerintah di PRU14 ini.

Salah satu kelompok terbesar dlm kategori non-partisan ini ialah jemaah tabligh. Ada statistik yg menyatakan jumlah mereka di Malaysia di angka antara 100,000 hingga 200,000 orang.

Saya juga pernah menyaksikan keramaian mereka pada Ijtimak Tabligh Malaysia yg diadakan di Nilai pada tahun 2004 dulu (kalau tak silap). Memang ramai sangat.

Tanggapan masyarakat ialah kelompok jemaah tabligh ini tidak minat politik. Sampai ke tahap tak peduli politik. Apa yg penting bagi mereka ialah keluar ke jalan Allah membuat kerja dakwah. Bermula dgn keluar 3 hari setiap bulan dan keluar 40 hari setiap tahun bermujahadah meng islah diri, berkongsi misi dgn ahli masyarakat.

Ada 6 asas utama yg di tekankan oleh para sahabat yg di praktikkan oleh jemaah tabligh iaitu:

1. Yakin terhadap kalimat Thoyyibah
2. Solat yg khusyu' dan khudu'
3. Ilmu dan zikir
4. Ikramul Muslimin ~memuliakan sesama muslim

5. Tashihun Niyah ~membersihkan niat
6. Dakwah dan tabligh khuruj fii sabiilillah

Saya terbaca satu coretan yg baik oleh seorang karkun jemaah tabligh yg sangat relevan dgn persepsi masyarakat kpd jemaah tabligh besangkutan dgn penglibatan atau tidak terlibatnya mereka dlm politik negara, khasnya di PRU14 ini.


Sama-sama kita hadam...


@@@@@

Saya sepenuh masa berdakwah bersama jemaah Tabligh, saya tidak terlibat lagi dgn dunia politik kepartian sejak 9 tahun lalu.

Jemaah Tablighlah, jemaah dakwah yg mengajar saya berkasih sayang dengan umat, tak kira samada dia ada parti atau x ada parti.. x kira dia umno, atau pkr, atau amanah, atau pas, bahkan kasih sayang untuk menarik hidayat kepada mereka yang bukan Islam.

Namun...sebagai seorang Muslim, untuk tidak terlepas dari 5 prinsip hukum - wajib, sunat, harus, makruh dan haram, ramai yg bertanya tentang pendirian saya dalam isu politik negara.. maka ini jawapan saya...:

Satu²nya parti di Malaysia yg tertulis secara TERANG & RASMI perlembagaannya adalah Al-Quran & Hadis ialah PAS. Maka sayugianya para ilmuan, cendiakawan agama dan umat Islam mengikut ke mana perginya Al-Quran & Hadis ini.

Perjuangan para ulamak. Bukan di atas isu.

DiTaqdirkan.. Pas isytihar tukar perlembagaan Al-Quran & Hadis, MIC pulak isytihar perlembagaan rasminya Al-Quran & Hadis, nescaya kita pakat masuk MIC ramai².

DiTaqdirkan Pas isytihar tukar perlembagaan Al-Quran & Hadis, PKR pulak isytihar perlembagaan rasminya Al-Quran & Hadis, nescaya kita pakat masuk PKR ramai².

Inilah sifat para Da'ie Rasulullah S.A.W. Bukan isu yg mengubah haluan dan pendirian kita, tetapi di mana letaknya Al-Quran & Hadis.

Tn. Guru Hj Abdul Hadi adalah manusia biasa yg tidak maksum, jika kalian senaraikan 1000 kesalahan dan kelemahan beliau, maka saya setuju KERANA beliau bukan Nabi atau Rasul.

Atas prinsip di mana letaknya Al-Quran & Hadis, bukan kerana isu..maka saya tetap mendokong perjuangan beliau, bukan kerana tubuhnya bernama Abdul Hadi, tetapi perlembagaannya..Al-Quran & Hadis.

Jika tiba masanya berlaku kehancuran parti² politik di negara ini. KAMI para da'ie di dalam jemaah Tabligh, akan meneruskan usaha dakwah kami dari lorong ke lorong, pintu ke pintu, hingga Masjid & Surau hidup 24 jam, bukan dikunci. Suasana rumah umat Islam bertukar dari suasana Masjid panggung wayang, suasana hotel dan suasana restoran BERTUKAR kepada suasana agama. Suasana Masjid dan Madrasah.



  • PKR
  • BERSATU
  • AMANAH
  • UMNO
  • PAS
  • TAK ADA PARTI


Semuanya adalah umat. Semuanya adalah sahabat dan saudara seagama kami.

JANGAN DIUBAH PRINSIP PERSAUDARAAN INI.

Hamba yang lemah lagi berdosa.

Ustaz Muhammad James Baven Al-Almaniy.

Nukilan Al-Fadhil Ustaz Muhammad James Al-Almaniy dipetik dari fb beliau.


@@@@@


Ini pula satu tips untuk memilih pemimpin yg baik. Smoga bermanfaat...


5 CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG PERLU DIAMBIL KIRA OLEH PENGUNDI UNTUK PILIHAN RAYA KALI INI...

a) Seorang yang beriman dan bertakwa serta sanggup berjuang untuk mendaulatkan syariat Islam di bumi Malaysia 100%

b) Bila memandang wajah pemimpin tersebut, bertambah iman (bukan nampak fulus🤭)

c) 'kaki surau & masjid' : pemimpin yang rajin ke surau dan masjid

d) Disenangi oleh semua rakyat dan sentiasa turun padang membantu rakyat yang dalam kesusahan

e) Mempunyai ciri² pemimpin yang jujur, amanah dan bebas rasuah

@@@@@


Wajarlah di pilih pemimpin yg mengikut wahyu, bukan sekadar pemimpin yg mengikut nafsu atau aqal semata. Pilihan yg betul akan menyediakan diri dgn jawapan yg baik tika di soal di Mahsyar nanti.

Maka sangat tidak benar pandangan awam bahawa jemaah tabligh tidak peduli politik. Tanggung jawab untuk pangkah undi 5 tahun sekali dalam sistem demokrasi berpelembagaan negara tetap di laksanakan. 

Memilih pemimpin yang boleh membawa manusia dekat kpd Allah adalah menjadi keutamaan. Insya-Allah.

#PRU14
#IslamMemerintah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...